BAGAIMANA MEMILIH PERISIAN PERAKAUNAN UNTUK PERNIAGAAN

Pengurusan perniagaan yang cekap dan efisyen penting bagi memastikan pulangan dan keuntungan. Pelbagai aspek perniagaan perlu diberi perhatian dan diuruskan dengan cermat. Dengan menggunakan perisian perakaunan yang mudah, senang dan sesuai dengan perniagaan kita, maka perisian tersebut juga membantu mempercepatkan lagi proses penyediaan laporan dan maklumat-maklumat penting perniagaan. Berikut merupakan 3 faktor untuk diberi perhatian semasa memilih sistem perakaunan untuk perniagaan.

1. Sistem Yang Mudah Diguna

Penyediaan dokumen perniagaan (sebutharga, pesanan belian, invois, etc), menguruskan pembayaran kepada pembekal dan bil bil, dan penyediaan laporan akaun yang lengkap bukan sahaja mengambil masa untuk dihasilkan malah sukar jika tiada sistem atau perisian yang membantu memudahkan dan meringkaskan aktiviti ini. Perkara ini selalu menjadi punca kenapa ramai usahawan tidak menghasilkan laporan kewangan mereka terutamanya mereka yang kurang berpengetahuan perakaunan. Sebab itu SBS direkabentuk dan dibangunkan dengan ciri mesra penguna dan senang digunakan khas bagi mereka yang tiada pengetahuan perakauanan. Apabila perisian perakaunan SBS digunakan, ia bukan sahaja menghasilkan laporan kewangan secara automatik malah dapat membantu menganalisasikan dan menterjemahkan segala maklumat dan butiran perniagaan dalam bahasa yang mudah difahami dengan hanya satu klik butang. Secara langsung, ini meningkatkan kecekapan operasi perniagaan supaya lebih efisyen.

2. Perisian Perakaunan Patuh SST

Aktiviti urusniaga dan pengurusan perakaunan perniagaan kini berbeza setelah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan di Malaysia pada 1hb April 2015. Bagi perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk SST, perniagaan-perniagaan ini harus mendapatkan perisian perakaunan yang telah diiktiraf dan diluluskan oleh Kastam sahaja. Seperti SBS, ia merupakan salah satu perisian perakaunan yang ditelah mendapat pengiktirafan oleh Kastam sebagai perisian perakaunan yang patuh SST. Terdapat beberapa ciri khas bagi sebuah perisian perakaunan yang patuh SST. Ramai usahawan yang masih tidak tahu dan masih menjalankan perniagaan seperti biasa dan akibatnya, ramai terpaksa membayar denda apabila tidak mematuhi piawaian pihak Kastam. Oleh demikian, jika anda berdaftar untuk SST pastikan pemilihan sistem perakaunan anda adalah perisian perakaunan yang patuh SST dan diiktiraf oleh Kastam.

3. Perisian Yang Memenuhi Keperluan Peribadi

Setiap bisnes mempunyai cara operasi perniagaan yang berbeza dan tersendiri biarpun dari segi saiz mahupun bidang perniagaan. Apabila memilih perisian perakaunan yang sesuai, sebagai Tuan punya syarikat atau pemilik, anda perlulah mempertimbangkan sistem yang selari dengan kaedah operasi perniagaan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda jarang berada di pejabat dan selalu sibuk berurusan di luar, anda memerlukan perisian perakaunan seperti SBS yang berasaskan web supaya anda masih boleh akses dari mana-mana sahaja lokasi melalui apa sahaja alat peranti seperti komputer, komputer riba atau telefon pintar. Oleh itu, segala kerja dapat berjalan seperti biasa dan juga dapat melihat segala laporan perniagaan dengan hanya satu klik butang.

4. Pembekal Yang Boleh Dipercayai

Terdapat maklumat dan butiran perniagaan penting yang terkandung dalam setiap perisian perakaunan. Oleh demikian, keputusan untuk memilih perisian perakaunan daripada pembekal yang dikenali amatlah penting. Sebagai sebuah syarikat yang berstatus MSC dan juga SME Corp 4 bintang, perkara-perkara seperti penyimpanan data dengan selamat telah diketengahkan semasa SBS dibangunkan. Data dan butiran anda disimpan dengan selamat di "cloud server" yang dipantau oleh agensi kerajaan dan mengikut piawaian dan spesikasi undang-undang di bawah Akta "Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)".

Pendek kata, jika anda menjalankan perniagaan di Malaysia dan inginkan sebuah perisian perakaunan yang bukan sahaja komprehensif malah mudah dan senang digunakan dan patuhi segala syarat dan piawaian perakaunan dan SST, ingat SBS.