KEPENTINGAN SISTEM PERAKAUNAN DALAM PERNIAGAAN

Ramai usahawan berfikir hanya perniagaan yang besar memerlukan perisian perakaunan. Persepsi dan pemikiran itu tidak tepat kerana apa sahaja perniagaan kecil mahupun besar, perakaunan merupakan perkara asas kepada apa jua jenis perniagaan. Tanpa perakaunan, kita tidak tahu adakah perniagaan kita ini untung atau rugi. Pendek kata, kita berniaga tanpa halatuju sebenar "ala-kadar" oleh kerana tidak tahu sebarang informasi perniagaan kita. Untuk membantu perniagaan atau syarikat kecil sederhana (PKS) sistem perakaunan SBS telah dibangunkan yang direka khas untuk mereka yang tiada pengetahuan perakaunan supaya dapat menghasilkan laporan kewangan dengan mudah dan senang. Tambahan pula harga langganan yang rendah, SBS merupakan sistem perakaunan berasaskan web yang komprehensif dan sesuai bagi syarikat "start-up", mikro, kecil dan sederhana.

1. Perekodan Maklumat Secara Sistematik

Ramai usahawan terutamanya syarikat kecil sederhana (SKS) yang masih tidak menggunakan sistem atau perisian perakaunan. Ada yang membuat perekodan perakaunan menggunakan "excel" dan ada yang hanya membuat catatan duit keluar masuk namun semuanya masih secera manual. Penyimpanan maklumat secara manual ini amat merisaukan oleh kerana ia boleh dipadamkan, dimanupulasi atau hilang serta merta. Penggunaan sebuah perisian perakaunan seperti SBS memastikan segala maklumat transaksi dan aktiviti perniagaan disimpan dengan cara yang lebih sistematik, teratur dan selamat. Apabila segala aktiviti perakaunan direkod melalui sebuah perisian atau sistem perakaunan, bukan sahaja data tersebut diuruskan secara sistematik malah yang lebih penting adalah ia dapat memberi usahawan keupayaan untuk mengeluarkan segala laporan kewangan dan perniagaan yang diperlukan hanya dengan satu klik butang. Segala laporan yang dihasilkan oleh SBS juga dapat dilihat mengikut hari, bulan atau tahun tanpa mencari maklumat dari timbunan fail. Tambahan pula, SBS adalah sebuah perisian perakaunan yang berasaskan web. Oleh demikian, anda boleh mengakses segala data dan laporan dari mana-mana lokasi (di dalam atau luar negara) pada apa sahaja waktu.

2. Perekodan Maklumat Dengan Tepat

Apabila sebuah sistem atau perisian digunakan, segala informasi dan data dapat direkodkan dengan tepat dan tersusun. Tanpa sistem, data terpaksa dicatat secara manual dan ini yang menyebabkan berlakunya kesilapan kerana maklumat yang direkod tidak tepat and (dan) kemungkinan boleh hilang berbanding dengan menggunakan sistem / perisian seperti SBS. Tambahan lagi jika tugasan seperti penyediaan akaun atau "bookkeeping" di mana ia melibatkan catatan dan kiraan nombor. Oleh demikian dengan adanya perisian perakaunan seperti SBS , segala proses tersebut dilakukan secara automatik. Ini membantu pengguna daripada melakukan kesilapan maka laporan-laporan yang terhasil adalah juga lebih tepat dan jitu.

3. Pengurangan Kos Perniagaan

Istilah "Masa Itu Emas" adalah benar apabila menjalankan perniagaan. Tempoh pemprosesan yang lebih pendek menunjukkan kecekapan dan yang lebih tinggi dan efisyen. Kecekapan ini boleh bantu mengurangkan kos kerana kurang masa dan tenaga kerja yang diperlukan. Begitu juga, penggunaan sistem atau perisian perakaunan dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Apabila perisian akaun seperti SBS digunakan untuk menguruskan akaun anda, ia boleh membantu mempercepatkan segala urusan catatan dan perekodan dan juga penghasilan laporan. SBS menghasilkan laporan kewangan secara automatik, memenuhi piawaian perakaunan, sedia SST, menghasilkan laporan-laporan perniagaan, memberi pengguna dashboard "Business Intelligence" dan banyak lagi maklumat dan informasi perniagaan dengan hanya satu klik. Sebagai sebuah perisian perakaunan yang bertauliah di Malaysia, SBS memberi pengguna cara yang paling cekap dan berkesan dalam menghasilkan laporan kewangan terutamanya bagi mereka tiada pengetahuan perakaunan. Harga langganan SBS juga adalah sangat berpatutan dan sesuai bagi syarikat dan perniagaan kecil sederhana.

Permintaan sistem perakaunan kian meningkat dalam zaman modenisasi ini. Anda dinasihatkan untuk menggunakan perisian perakaunan semasa anda memulakan perniagaan. Tindakan demikian adalah untuk mengelakkan pemindahan maklumat secara manual apabila anda ingin mengkonfigurasikan sistem tersebut pada masa akan datang.